Rasanya sepanjang aku mengubah kerjaya dari seorang auditor yang berkaliber kepada seorang jurulatih yang berwawasan tidak pernah aku mengumpat rakan sekerja mahupun bos aku disini bukan? tidak seperti sebelumnya. Mungkin ada terlintas di fikiran kalian yang aku mempunyai rakan sekerja yang sempurna lalu tiada apa yang dapat aku ceritakan atau lebih tepat lagi mengumpat mereka disini..
Ya! memang benar mereka terlalu sempurna pada fikiran mereka sendiri yang membuatkan aku x tahu yang mana satu yang harus ku umpat dahulu.
Tapi memandang kita masih berada di bulan syawal, maka aku tidaklah mahu mengumpat mereka sekarang kerana hasil latihan di bulan Ramadhan yang lalu masih mampu aku amalkan buat masa ini, bulan November nanti mungkin.
Rakan sekerja aku disini sangat berfikiran terbuka mungkin kerana sudah terbiasa berada dilautan terbuka. Suasana kerja seperti ini juga membuatkan fikiran dan minda aku juga terbuka dengan perkara-perkara yang aku x pernah sedar selama ini seperti "kenapa perempuan banyak cakap?" dan "binatang apa paling banyak telur?" ok, kalau tahu jawapan x perlu jawab disini.
Gadis-gadis yang bekerja disini pula sangat ganas dan sadis. Ya! mereka sangat ganas tidak kira dari aspek sikap mahupun budi bahasa. kadang-kala membuat aku terfikir "macamana diorang boleh ada boyfriend?" dan "macamana boyfriend diorang boleh tergoda?" ingin saja aku bertanya, tapi memikirkan jawapan yang bakal diterima bukan saja ditelinga tapi seluruh anggota badan. aku batalkan sahaja niat dihati. Jika difikirkan kembali walaupun tiada budi bahasa tapi mereka mempunyai "body cutting" yang mantap.
Hari ini aku dengan wajah serius tanpa sebarang senyuman dibibir melangkah masuk ke dining hall. Tidak perlu rasanya untuk aku melontarkan senyuman yang bisa mencairkan hati para gadis yang melihatnya kerana tiada seorang pun dari peserta kursus kali ini yang layak menerima senyuman itu. Terasa diri disabotaj kerana memiliki wajah yang kacak dan senyuman yang menawan.
Kelihatan tiga orang gadis OBS yang sedang menjamu selera dengan mempelam epal yang dipetik oleh Sri. disebelahnya Ika sibudak praktikal yang mabuk laut dan dihadapan ika pula Didi.
Aku mendekati mereka dengan harapan dapat mengepau mempelam epal yang sedang dikupas Sri. aku duduk tepat berhadapan dengan Sri bersebelahan Didi dan berserongan dengan Ika. Tanpa sebarang kata-kata aluan aku mencapai seulas mempelam epal tanpa rasa bersalah. Sri tersentak lalu mendongak lalu mempelawa aku untuk menjamah lagi mempelam epal yang dikupasnya.. Kan aku dah kata diorang berfikiran terbuka, tidak perlu berprotokol untuk meminta sesuatu dari mereka. maksud aku meminta makanan, bukan minta "benda" lain. walaupun ganas tapi diorang ada maruah diri tau..
Sedang ralit aku melayan kemanisan mempelam epal, Sri yang tadinya hanya berdiam diri tiba-tiba bersuara
"ALAN, AKU NANTI NAK CARI SESEORANG YANG CINTAKAN AKU SEPERTI HELANG"
"apsal lak" mulut ku bertanya
"pehal ko nak bgtau aku?" tanya hatiku pula
"PASAL HELANG NI KAN, DIA SANGAT SETIA DENGAN PASANGAN. SI JANTAN TAKKAN CARI YANG LAIN WALAUPUN SI BETINA DAH MATI. CUBA TENGOK KALAU HELANG TERBANG MESTI DENGAN PASANGAN BERDUA"
"owh! yeke? tapi aku xnak jadi helang, aku nak jadi Singa."
"Hah! aku setuju! aku pun kalau boleh nak cari singa" sampuk Didi dengan mulut penuh dengan nasi berlaukan ayam goreng berempah.
"Kan? Didi pun setuju ngan aku pasal Singa Jantan ada banyak bini yang setia dan rela dimadukan."
"Bodoh!! xmau singa!!" bentak Didi sampai tersembur-sembur nasi yang x smpat ditelannya.
Benarlah hati perempuan mudah berubah sekelip mata.
7 kesan cap jari:
selain jarang mandi, takde pun cri2 utk melayakkan diri menjadi singa sperti yg kamu hajati.
tang rambut tu.. i like.
kah kah kah
entri yang ini memang macam harrraaaamm! hahahahahha langsung tak sweet penghujung cerita!
bongok.. hhahaha nk helang jugak
razman: kamu langsung x mandi cam kambing.
Schafylza: rambung kamu kembang cam afro.
Kep: ko jeles el?
Eireen: ni abis sweet la ni.
mira: helang x best..
Post a Comment