untuk apa cuti ini?

Assalamualaikum kepada semua sebagai pembuka kata, pemanis bicara.

Jangan buat muka terkejut aku update blog di pagi selasa.. aku bukan curi tulang.. kerana telah termaktub secara tidak rasmi dalam job list instructor adalah untuk mengupdate blog sekiranya tidak mengendalikan kursus.

Secondly, istilah hari minggu juga telah dibuang dalam kamus kami. setiap kali habis kursus maka itulah hari mggu buat kami.

In addition, untuk apa organisasi menawarkan khidmat wifi percuma sekiranya tidak mengupdate blog? itu khufur nikmat namanya.

Tetapi hari selasa yang sepatutnya aku isikan dengan mencari dan membaca bahan-bahan ilmiah telah dicemari dengan terbaca blog yang menceritakan pasal babi. perlukah aku menyamak kepala otak aku?

Ah, abaikan saja pasal manusia yang suka memuji diri sendiri itu, baru jogging sehari dah nak kecoh di blog. boleh saja aku nak cerita aku berjogging dengan gadis-gadis genit dipagi hari dan berenang bersama di petang hari (bukan malam), tapi aku x cerita sebab x mahu sifat riak dan takbur wujud dalam diri. mulia sungguh hatiku ini.

Kembali ke niat asal aku update blog di pagi selasa. kalau diikutkan memang aku xnak update blog hari ini, lebih baik aku manfaatkan masa yang lapang ini untuk beramah mesra dengan anak-anak gadis jiran tetangga. tetapi apakan daya suaraku hilang akibat berkaraoke dimalam hari. maka aku memilih aktiviti yang tidak memerlukan aku untuk bersuara.

Esok adalah kursus terakhir (hopefully) untuk aku kendalikan sebelum menjelangnya bulan Ramadhan yang dinanti.

"Wah! bulan puasa nanti rilex la korang ek?"

" pale hotak ko. bulan puasa pun kitaorang kene training la."

Sebagai salam perpisahan marilah kita bersama-sama mencemari penglihatan.

"ole-ole dari pulau rumbia buat kamu semua"

sekian.

nota tapak kaki: rupanya menaip blog lagi letih dari berjogging 20km.

2 kesan cap jari:

Razman said...

berjogging dengan gadis-gadis genit or dengan kerbau2 pendek?

usahlah menipu, klau hdup seharian mcm pelarian, klu time msuk genit pun, skrg msti dh bdan mcm king kong. hitam dan berbulu...

Airland said...

xper nt aku buktikan dgn gambr2 gadis genit 2..