Jangan x percaya, kerna aku sendiri juga x percaya dengan hidden ability aku.. kalaulah aku kerja tiap hari cam2, aku yakin pasti berjaya merangkaul segala anugerah pekerja terbaik, terajin, tercemerlang, tergemilang dan terbilang di peringkat opis mahupun di peringkat bakal akauntan...
Jika adik aku dengan riak dan takbur yang diwarisi dari siapa aku pun tahu asik bercerita dengan percapaian tertinggi dia ke genting dengan menaiki bas maka aku dengan ini ingin mengumumkan bahawa esok aku ingin ke BINTANG (bukan pasaraya bintang) bersama 11 lelaki dan 15 gadis dengan berjalan kaki.. walaupun lebih sarung dari pedang tapi jangan risau kerna aku yakin aku masih mampu membahagikan kasih sayang aku secara adil dan saksama..
Jika adik aku berfoya-foya di genting selama 2 hari maka aku sebagai abang semesti melebihi beliau dengan camping selama 5 hari dan 4 malam.. Dijangka bulan tidak mengambang di malam hari sepanjang program maka aku harap masing-masing tidak bertukar menjadi serigala di puncak Gunung Bintang nanti walaupun sekarang musim hujan..
Cukup sampai disini aku nak packing barang.. sweater, ration, sturve, lantern, headlamp, hammock, flysheet,